Di petang yang mendung dingin ni, sia akan berkongsi resepi dessert kegemaran sia yang paling terbaru. Siapa yang friend dengan sia di FB mesti tahu hari tu sia kecoh pasal asyik buat dessert ni tidak menjadi.. Huhuhuhuu….Ya! Tidak tipu, Sia yang memang ilmu baking membaking tidak berapa gah ni memang terpaksa cuba berkali-kali baru jadi… Sudahlah ilmu tu kurang di dada, pandai-pandai pulak tu derhaka resepi.. huhuhuhu.. Akibatnya, lepas buat kali keempat baru jadi! Yeay! Memang happy habis ok! Habislah telur di rumah tu dibuatnya.. Hahahhaha…
Sebenarnya kan, kali pertama sia makan pavlova ni masa mini reunion budak2 UTM tahun 2009. Masa tu buat di Alexis… Masa tu sia sedang sarat preggy kan si Aimee.. Macam-macam makan hari tu, jadi tekak orang kampong ni ala-ala makan macam “apalah bendalah ni?” Memang tidak feel dan tidak terasa mahu lagi dan lagi dan lagi…
Sekalinya, 2 minggu lepas tidak silap, officemate sia ni ada beli dari dari website ni. Kami ni dapatlah makan sepotong.. Masa pavlova tu masuk mulut, perghhhh!!!!!! Terasa macam “Huuuuuuuu!!!!!!!!!!! Ni semua aku punya! Aku tidak mahu kongsi plssss!!!!!!!!!!! Serius sedap gilak ok!!!!!!!!!!!”
Makanya, dan dan itu jugak tanya ke officemate tu mana beli… Dia pun bagilah url website di atas tu… Godek punya godek, dia ada bagi resepi sekali tuuuu….
Apa lagi… Cubalah…… Sedap kau!!!!
Out of sebiji pavlova tu, Setengah sia makan, suku bagi orang di rumah sia makan, suku lagi, bagi in law sia.. huhuhuhu.....
Nah! Sia kongsikan resepinya di sini, sia modify sikit. Halal ya yang empunya! :Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1/2 cawan gula (sia blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila
Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)
Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sia guna stand mixer jak, senang ;)
2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk. Refer gambar di bawah contoh-contoh adunan telah bertanduk.

Bila mencapai meringue, adunan tidak akan tertumpah kalau terbalikkan mangkuk.3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.
4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.
6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (Sia gunakan acuan kek 8 inci) Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….
7. Bakar adunan selama 1 jam.
8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1-2 jam.

Cara-cara buat whipping cream:
1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.
2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…
Sia cakap awal-awal ya, membuat pavlova ni mudah sebenarnya,
TAPI!
Hah! Besar tapinya tu…. Jangan sekali-kali cuba menderhaka sebarangan resepi asalnya ya…
Ini adalah antara pantang larangnya (copy dpd website di atas):
1. PAstikan langsung tiada kuning telur yang termasuk dalam putih telur yang ingin digunakan.
2. Telur mesti dalam suhu bilik.
3. Peralatan digunakan kering dari sebarang kesan air atau minyak.
Untuk pantang larang tambahan (ni base on eksperimen sia yang tidak menjadi.. huhuhu):
1. Jangan sekali-kali suka-suka hati tukar gula tu daripada gula biasa ke gula perang (brown sugar). Kalau tukar jugak, nah! Ambik kau hasilnya akan jadi seperti di bawah. Pavlova tidak akan keras, sebaliknya akan jadi spongy dan kecutttttttttt…..

Sebelah kiri: pavlova yang menjadik,sebelah kiri pulak pavlova yang guna brown sugar, mengecutttttt....
2. Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan untuk bakar pavlova.

Konon supaya dapat bentuk bulat yang cantik ya? JANGAN! Kalau buat jugak, dia akan jadik seperti di bawah!

Kan huduh rupanya tuuuu.... tiba-tiba dangggg! Puppp terjatuh sepelepup adunan tu!
Ni gambar pavlova bakar guna brown sugar + guna acuan pulak tu... Terbaik!!!!! Memang huduh!

Ni pulak rupa pavlova yang guna brown sugar tu.. Bolehlahhhhh...
3. Jangan kurangkan lagi sukatan gula daripada yang sia guna di atas. Kalau tidak, pavlova akan tidak mengeras dengan cantik. Paling bagus cantik kerasnya kalau guna 1 cawan gula lah.. Tapi, serius manis gilak! Jadi, pada yang kurang suka manis-manis, guna sukatan di atas pada sia sudah ok.

Ni gambar pavlova yang menjadi. Bakar guna gula biasa dan tidak menggunakan acuan. Bentuk free hand.
Dan ini adalah end product nya........

Serius sedap wa cakap lu!!!!!!

No comments:
Post a Comment