
Budak kecik di atas ni sekarang sudah dekat 1 tahun 7 bulan. Masih menyusu badan dan sudah pun dengan sendirinya campur dengan susu kotak kak longnya.

Nampak gayanya, hasrat untuk fully breastfeed budak kecik ni sampai ke 2 tahun tidak kesampaian. Stok dalam freezer pun akhirnya sudah illek sepenuhnya. Sedih ok ;(

Sekarang, kalau pam di office pun, paling-paling banyak dapat dalam 5oz macam tu. budak kecik ni pulak minum 1 hari dalam 20oz macam tu. see! Hasil tidak setimpal dengan keperluan. Serius sendiri rasa kecewa dengan diri sendiri ;(

Nampaknya, Perkara yang sama masa Aimee dulu berlaku jua. Bezanya, masa si Akeel ni lebih lama dapat bagi susu badan. Dan, sekarang di rumah dia masih menyusu badan la jugak berbanding kak longnya yang diberhentikan terus.

Banyak kali terfikir untuk berhenti mengepam. Iyalah kan, supply dengan demand tidak setimpal. Tapi, macam tidak sampai hati pun ada. Berbelah bagi rasa ;( Tapi, bila pandang freezer yang kosong, rasa demotivated sangat-sangat ;(

Kamurang yang ada experience, share please.... Dilema yang amat ;(
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Jalan Gombak,Wangsa Maju,Malaysia
No comments:
Post a Comment